Assalamualaikum….
Di kesempatan ini saya ingin mengutarakan
bab mengenai solat ( Sembahyang ), adapun rata-rata hari ini ramai umat
Islam yang solat, Allah Ta’ala juga berfirman didalam al-qur’an yang
berbunyi:
( Wama kholaqtul jinnawal insan illa liya’budun, Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan mengabdikan diri padaKU )
Ayat diatas sudah terang dan jelas Allah
Ta’ala menegaskan kepada kita supaya mengabdikan diri padanya (
Menyembah ), tidak terkecuali bagi satu makhluk pun untuk tidak
melakukan-nya. Setelah turun-nya perintah bersolat maka manusia diseru
supaya bersolat kepadaNya, sepertimana sebahagian ayat dalam doa’
selepas azan yang berbunyi: ( Allah telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang didirikan ), nah ayat ini juga jelas menerangkan lagi kepada kita mengenai perintah bersolat.
Jika di negara kita atau di Indonesia juga rata-rata ramai orang menyebut-nya dengan nama “ sembahyang
“, adapun maksud sembahyang ini adalah makna dari perkataan solat, apa
yang kita sembah sebenarnya..? Ini yang saya cuba jelaskan sedikit dari “
nurani “ saya yang lemah ini dan yang kuat itu tetap Allah.
Jika sembahyang semata-mata tetapi tidak mengambil faedah atau manfaat,
atau pengertian, ataupun maksud disebalik perbuatan sembahyang, maka
sia-sia sajalah perbuatan kita, ini yang sembahyang ikut-ikutan. Kita
tak mahu yang namanya ikut-ikutan, yang kita mahu adalah hakikat dan
pengertian-nya.
Hakikat sembahyang itu ialah untuk
melumpuhkan atau melemahkan dan menundukkan keseluruh ke-egoan dalam
diri kita agar serentak dengan sembahyang, ini yang dikatakan
sembahyang, sembah sekelian oleh jasad raga dan ke-ego-anmu dihadapan
tuhanmu, serta menyelami pengertian disebalik perbuatan dalam
sembahyang. Ini mungkin menyentuh sedikit mengenai ilmu ke-tuhanan,
kerana ia berhubung kait dengan bab mengenal diri.
Adapun pengertian dalam sembahyang itu
ialah Allah Ta’ala sudah memperkenalkan diri-NYA kepada kita tentang
ke-wujudan-nya, bagaimana..? Cuba kita perhatikan di setiap perbuatan
dalam sembahyang itu adakah kita menyebut perkataan selain Allah..?
Tidak bukan..? Di awal perbuatan lagi kita telah menyebut “ Allahu akhbar
“, Allah itu mewakili nama bagi Zat, tetapi tidak bererti dia zat,
hanya nama bagi zat, kemudian akhbar itu mewakili nama bagi sifat, yakni
“ Zat dan Sifat “, apakah tujuan saya cuba mengetengahkan bab ini..? Mari sama-sama kita fahami sedikit kupasan ini.
Adalah sudah terang dan nyata bahawa kita
ini sebenarnya tiada dan diadakan, adanya kita adalah adanya Allah, dan
Allah tetap Allah, dan sembahyang yang sebenar-benar adalah menyatakan
akan Allah. Bagaimana nak nyatakan Allah sedangkan Dia Maha Ghaib..?
Betul juga ya…adakah Allah itu ghaib..? Tidak…Allah tidak ghaib..yang
ghaib adalah Zat-nya, Allah boleh dilihat dalam setiap diri makhluk dan
dalam diri anak Adam a.s…bagaimana boleh dilihat kedalam diri anak
Adam..? Ini yang patut kita perhatikan benar-benar.
Tidak terfikirkah kita bahawa bergeraknya
kita disetiap perbuatan dalam solat atau berjalan, makan, minum, tidur,
bekerja, mandi dan berdirinya kita ini ada yang mengerakkan kita..?
Disebalik perbuatan dan gerak geri kita ini ada berkuasa menguasai
setiap diri kita, berdirinya dalam solat, ruku’ sujud, dan sebagainya
ialah Allah-lah yang berkuasa keatas-nya, saya ingin memberi satu
contoh, jika segala gerak geri ini terjadi dengan sendiri-nya, cuba kita
lihat kepada seseorang yang berlaku kemalangan dan mengalami hentakan
di bahagian kepala lalu hilang ingatan-nya, adakah ini juga berlaku
dengan sendirinya..? Jika kita benar-benar hebat maka hal ini tidak akan
berlaku kepada kita, ini Allah nak menunjukkan kepada kita bahawa tidak
ada yang lebih berkuasa dari-Nya melainkan dia semata-mata.
Sembahyang yang sebenar-benar sembahyang
ialah sembahyang Da’im, “ Solatu Da’im “ sembahyang yang sentiasa kekal
yang tidak pernah putus, ini yang saya cuba sampaikan insya’Allah…solatu
daim ialah orang yang sentiasa hilang rasa diri dan ke-ego-anya serta
lenyap dari sifat kesombongan lalu yang yang dilihat hanya semata-mata
Allah yang nyata, penglihatan-nya, pendengaran-nya, segala kata-katanya
adalah Allah semata-mata. Bagaimana mungkin kita boleh melihat sendiri
andai buka Allah yang memberi penglihatan, bagaimana mungkin kita boleh
mendengar andai bukan Allah yang memberi pendengaran, maka tiadalah kita
mendengar, cuba anda lihat kepada orang yang cacat pendengaran, itu
juga adalah kehendak Allah, Allah sengaja memberitahu kepada kita, andai
ada corong telinga sekalipun kalau Allah tidak memberi pendengaran maka
tiadalah kita mendengar.
Inilah yang saya cuba kupaskan sedikit
mengenai solat, solat yang sentiasa nyata kekal dengan Allah, bukan
sembah semata-mata, jika kita tidak mengerti dengan benar akan solat
maka tergolong-lah kita dalam perbuatan sembah menyembah semata-mata
umpama orang yang kafir agama menyembah, hanya bezanya kita membaca
ayat-ayat suci al-qur’an dan mereka memuja dengan merintih-rintih.
Solat biarlah serentak dengan “ solatu diam
“ baru mencapai maksud dan tujuan, kerana “solatu daim “itu bukanlah
perbuatan atau bacaan, tetapi orang yang sentiasa menyatakan akan Allah
disetiap apapun perbuatan-nya, samada tidur, minum, makan berkerja,
berjalan, berdiri dan duduk , melihat dan mendengar, bak kata Syaidina
Ali r.a: “ Syirik andai aku melihat tidak ada Allah ”. Disini
bukan bererti di dalam solat itu kita mesti ingat disetiap pergerakan
kita adalah Allah semata-mata… tetapi menyatakan akan Dia, bermaksud
pada ketika itu hilang rasa diri dan hilang ke-egoan kita, lenyap
seluruh sekelian yang maujud ( Jasad )nyata akan Allah, ini yang
dikatakan solat yang kusyuk dan “ solatu da’im “. Allah juga beriman
dalam al-qur’an yang berbunyi:
( Tidak ada sesuatu yang wujud atas dunia ini melainkan Aku semata-mata ).
Ayuh-lah sama-samalah kita mendapatkan ” solatu da’im “ yakni sentiasa kekal menyatakan akan Allah barulah bahagia dunia dan bahagia di akhirat, bak kata Sunan Kalijaga,” Sembahyang itu hanya perbuatan menyembah sahaja, solatu da’im itulah yang nyata “, bukan bererti meninggalkan syari’at..tapi solat yang benar-benar kusyuk dan da’im, sekian.
Andai ada kekurangan dalam kupasan saya
yang ringkas ini diharap pada para ilmuan yang bijaksana diluar sana,
harap dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang hina dan tak berdaya
ini untuk sama-sama mencapai matlamat “ solatu da’im “.
Wallahua’lam………….
Petikan: http://perjalananmukmin.wordpress.com/2013/02/28/solatu-daim/#more-1379