Thursday, July 4, 2013

Solatu Da'im

Assalamualaikum….

Di kesempatan ini saya ingin mengutarakan bab mengenai solat ( Sembahyang ), adapun rata-rata hari ini ramai umat Islam yang solat, Allah Ta’ala juga berfirman didalam al-qur’an yang berbunyi:

( Wama kholaqtul jinnawal insan illa liya’budun, Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan mengabdikan diri padaKU )

Ayat diatas sudah terang dan jelas Allah Ta’ala menegaskan kepada kita supaya mengabdikan diri padanya ( Menyembah ), tidak terkecuali bagi satu makhluk pun untuk tidak melakukan-nya. Setelah turun-nya perintah bersolat maka manusia diseru supaya bersolat kepadaNya, sepertimana sebahagian ayat dalam doa’ selepas azan yang berbunyi: ( Allah telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang didirikan ), nah ayat ini juga jelas menerangkan lagi kepada kita mengenai perintah bersolat.

Jika di negara kita atau di Indonesia juga rata-rata ramai orang menyebut-nya dengan nama “ sembahyang “, adapun maksud sembahyang ini adalah makna dari perkataan solat, apa yang kita sembah sebenarnya..? Ini yang saya cuba jelaskan sedikit dari “ nurani “ saya yang lemah ini dan yang kuat itu tetap Allah. Jika sembahyang semata-mata tetapi tidak mengambil faedah atau manfaat, atau pengertian, ataupun maksud disebalik perbuatan sembahyang, maka sia-sia sajalah perbuatan kita, ini yang sembahyang ikut-ikutan. Kita tak mahu yang namanya ikut-ikutan, yang kita mahu adalah hakikat dan pengertian-nya.

Hakikat sembahyang itu ialah untuk melumpuhkan atau melemahkan dan menundukkan keseluruh ke-egoan dalam diri kita agar serentak dengan sembahyang, ini yang dikatakan sembahyang, sembah sekelian oleh jasad raga dan ke-ego-anmu dihadapan tuhanmu, serta menyelami pengertian disebalik perbuatan dalam sembahyang. Ini mungkin menyentuh sedikit mengenai ilmu ke-tuhanan, kerana ia berhubung kait dengan bab mengenal diri.

Adapun pengertian dalam sembahyang itu ialah Allah Ta’ala sudah memperkenalkan diri-NYA kepada kita tentang ke-wujudan-nya, bagaimana..? Cuba kita perhatikan di setiap perbuatan dalam sembahyang itu adakah kita menyebut perkataan selain Allah..? Tidak bukan..? Di awal perbuatan lagi kita telah menyebut “ Allahu akhbar “, Allah itu mewakili nama bagi Zat, tetapi tidak bererti dia zat, hanya nama bagi zat, kemudian akhbar itu mewakili nama bagi sifat, yakni “ Zat dan Sifat “, apakah tujuan saya cuba mengetengahkan bab ini..? Mari sama-sama kita fahami sedikit kupasan ini.

Adalah sudah terang dan nyata bahawa kita ini sebenarnya tiada dan diadakan, adanya kita adalah adanya Allah, dan Allah tetap Allah, dan sembahyang yang sebenar-benar adalah menyatakan akan Allah. Bagaimana nak nyatakan Allah sedangkan Dia Maha Ghaib..? Betul juga ya…adakah Allah itu ghaib..? Tidak…Allah tidak ghaib..yang ghaib adalah Zat-nya, Allah boleh dilihat dalam setiap diri makhluk dan dalam diri anak Adam a.s…bagaimana boleh dilihat kedalam diri anak Adam..? Ini yang patut kita perhatikan benar-benar.

Tidak terfikirkah kita bahawa bergeraknya kita disetiap perbuatan dalam solat atau berjalan, makan, minum, tidur, bekerja, mandi dan berdirinya kita ini ada yang mengerakkan kita..? Disebalik perbuatan dan gerak geri kita ini ada berkuasa menguasai setiap diri kita, berdirinya dalam solat, ruku’ sujud, dan sebagainya ialah Allah-lah yang berkuasa keatas-nya, saya ingin memberi satu contoh, jika segala gerak geri ini terjadi dengan sendiri-nya, cuba kita lihat kepada seseorang yang berlaku kemalangan dan mengalami hentakan di bahagian kepala lalu hilang ingatan-nya, adakah ini juga berlaku dengan sendirinya..? Jika kita benar-benar hebat maka hal ini tidak akan berlaku kepada kita, ini Allah nak menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada yang lebih berkuasa dari-Nya melainkan dia semata-mata.

Sembahyang yang sebenar-benar sembahyang ialah sembahyang Da’im, “ Solatu Da’im “ sembahyang yang sentiasa kekal yang tidak pernah putus, ini yang saya cuba sampaikan insya’Allah…solatu daim ialah orang yang sentiasa hilang rasa diri dan ke-ego-anya serta lenyap dari sifat kesombongan lalu yang yang dilihat hanya semata-mata Allah yang nyata, penglihatan-nya, pendengaran-nya, segala kata-katanya adalah Allah semata-mata. Bagaimana mungkin kita boleh melihat sendiri andai buka Allah yang memberi penglihatan, bagaimana mungkin kita boleh mendengar andai bukan Allah yang memberi pendengaran, maka tiadalah kita mendengar, cuba anda lihat kepada orang yang cacat pendengaran, itu juga adalah kehendak Allah, Allah sengaja memberitahu kepada kita, andai ada corong telinga sekalipun kalau Allah tidak memberi pendengaran maka tiadalah kita mendengar.

Inilah yang saya cuba kupaskan sedikit mengenai solat, solat yang sentiasa nyata kekal dengan Allah, bukan sembah semata-mata, jika kita tidak mengerti dengan benar akan solat maka tergolong-lah kita dalam perbuatan sembah menyembah semata-mata umpama orang yang kafir agama menyembah, hanya bezanya kita membaca ayat-ayat suci al-qur’an dan mereka memuja dengan merintih-rintih.
Solat biarlah serentak dengan “ solatu diam “ baru mencapai maksud dan tujuan, kerana “solatu daim “itu bukanlah perbuatan atau bacaan, tetapi orang yang sentiasa menyatakan akan Allah disetiap apapun perbuatan-nya, samada tidur, minum, makan berkerja, berjalan, berdiri dan duduk , melihat dan mendengar, bak kata Syaidina Ali r.a: “ Syirik andai aku melihat tidak ada Allah ”. Disini bukan bererti di dalam solat itu kita mesti ingat disetiap pergerakan kita adalah Allah semata-mata… tetapi menyatakan akan Dia, bermaksud pada ketika itu hilang rasa diri dan hilang ke-egoan kita, lenyap seluruh sekelian yang maujud ( Jasad )nyata akan Allah, ini yang dikatakan solat yang kusyuk dan “ solatu da’im “. Allah juga beriman dalam al-qur’an yang berbunyi:

( Tidak ada sesuatu yang wujud atas dunia ini melainkan Aku semata-mata ).
 
Ayuh-lah sama-samalah kita mendapatkan ” solatu da’im “ yakni sentiasa kekal menyatakan akan Allah barulah bahagia dunia dan bahagia di akhirat, bak kata Sunan Kalijaga,” Sembahyang itu hanya perbuatan menyembah sahaja, solatu da’im itulah yang nyata “, bukan bererti meninggalkan syari’at..tapi solat yang benar-benar kusyuk dan da’im, sekian.

Andai ada kekurangan dalam kupasan saya yang ringkas ini diharap pada para ilmuan yang bijaksana diluar sana, harap dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang hina dan tak berdaya ini untuk sama-sama mencapai matlamat “ solatu da’im “. Wallahua’lam………….

Petikan:  http://perjalananmukmin.wordpress.com/2013/02/28/solatu-daim/#more-1379

SIFAT PERTAMA - WUJUD (ADA)

TAKRIF WUJUD
 

Wujud ialah satu hal ataupun keadaan yang wajib bagi zat selama mana ianya ada , dan hal ataupun keadaan ini tidak mempunyai sebab bagi wujudnya .

HUKUM
 

Wajib syara’ keatas semua mukallaf beriktikad yakin seratus peratus bahawa ALLAH s.w.t itu wujud (ada) dan wajib kita nafikan sifat ‘adam ( tiada ) dari zat ALLAH . Wujud ALLAH tidak sama dengan wujud kita ini kerana wujud ALLAH tidak didahului oleh tiada dan tidak dihubungi oleh tiada . Adapun wujud kita ini , ianya didahului oleh tiada dan dihubungi oleh tiada juga . Dengan erti kata yang lain tidak ada tarikh lahir dan tarikh mati bagi ALLAH sedangkan kita ada hari dan tarikh kelahiran dan kematian .

DALIL AQLI
 

Dalil aqli tentang adanya sifat wujud bagi ALLAH ialah baharu alam ini . Mengapakah kita mengatakan baharu alam ini sebagai dalil wujudnya ALLAH? Jawapannya ialah alam ini sebelum adanya , ada dan tiadanya adalah sama berat 50-50 . Tetapi bila sahaja ia wujud , akal kita mengatakan mesti ada yang menjadikan alam ini kerana alam tidak mampu untuk menjadikan dirinya sendiri bahkan orang lain sahaja yang mampu mewujudkan alam ini . Maka apabila difikirkan nyatalah yang menjadikan alam ini ialah ALLAH s.w.t .
 

MAKLUMAN
 

Alam ini secara ringkasnya hanya mempunyai dua unsur iaitu jirim ( zat/batang tubuh ) dan ‘arod ( sifat ) . Maka setiap jirim wajib mempunyai sifat begitu juga sifat wajib menumpang ataupun bersama jirim , masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain . Setiap jirim hanya boleh mengambil salah satu sahaja diantara sifat-sifat yang berlawanan contohnya gerak dan diam , bila mana satu jirim itu bergerak maka sudah pasti ternafi darinya sifat diam .

Empat (4) Tiang Mukmin

1. Tawakal
2. Sabar
3. Yakin
4. Kemuliaan

Wednesday, July 3, 2013

Ketenangan dan redho meredhoi

Firman ALLAH swt  "Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi redho meredhoi, maka masuklah kedalam jemaah hamba-hambaku dan masuklah kedalam syurgaku"

KECINTAAN CINTA


"Tidak kecintaan itu, melainkan bagi kekasih pertama"

Kekasih pertama itu adalah ALLAH swt. Dan kamu telah memindahkan rasa cintamu itu kepada Ibu, kepada Bapa dan kepada yang lainnya seperti kepada anak-anak, isteri-isteri, harta-harta benda.

Jika kau meninggal dunia maka akan terputuslah kecintaan itu dari hatimu dan putus pula kecintaan mereka darimu.


 Kecintaan itu ada empat (4)

  1. Memberi muslihat atau kemudahan bagimu pada permulaan tetapi tidak di akhir. 
  2. Memberikan kemudahan bagimu pada akhir sahaja tidak di permulaan.
  3. Yang memberikan muslihat atau kemudahan bagimu pada lahirnya sahaja tidak pada batinnya 
  4. Yang memberikan muslihat atau kemudahan pada batin sahaja dan tidak pada lahir.

Hari Ahad

ALLAH menamakan hari Ahad (hari pertama), kerana pada hari itu ALLAH memuliakan penciptaan segala sesuatu.

ALLAH berfirman "Bahawa hari ahad adalah hari yang pertama, sebelumnya tidak ada sesuatu apa pun selain tuhanmu"