Tuesday, August 7, 2007

GAGALNYA ORANG MELAYU

Oleh : Zulkefli Abd Majid


Gagalnya bangsa yang dikatakan Melayu berpunca dari iri hati dan hasad dengki. Orang melayu seolah-olah senonim dengan pantang dicabar, malas mentelaah ilmu baik dunia dan akhirat. Orang melayu seolah-olah sukakan kejahilan dan suka ikut mengikut tingkah laku orang-orang asing. Mudah lupa asal usul dan sejarah diketepikan demi kepentingan diri.

Melayu tidak boleh menolak kemajuan dan pembangunan, jenerasi ke jenerasi akan terus hidup dan melaluiliku-liku hidup yang lebih hebat dari masa kesemasa. Pertelingkahan sekecil benih sawi pun akan di perbesarkan semata-mata suka melihat kepada perpecahan.

Ada yang mengunakan agama untuk memenangi hati pengikut yang dahagakan pemimpin yang petah bercakap dan mengeluarkan isu-isu, sedangkan isu-isu tersebut tidak relevan dan tidak logik sama sekali. Golongan melayu yang berilmu tidak seberapa akan dipandang mulia apatah lagi sekiranya melayu itu berpangkat dan berkuasa.

Dahulunya melayu tidak boleh di beli tetapi sekarang melayu dapat dibeli dan di sogokkan dengan kebendaan untuk kepentingan diri sendiri dan anak cucu mereka. Orang melayu yang berkuasa lupa akan nasib bangsanya sendiri sehingga sanggup menjual maruah bangsa. Melayu perlu sedar dan perlu disedarkan. UMNO sebuah parti keramat yang inginkan kesatuan yang bersatu padu ingin melihat melayu gagah dan berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain, tetapi kini kenapa orang-orang melayu tidak suka akan UMNO?

Kenapa profesional melayu yang dahulunya di biayai oleh kerajaan UMNO kini sanggup menjadi pembangkang dan menkotak katikkan kerajaan UMNO? Samada kita sedar atau pun tidak ramai melayu tidak minat untuk berpolitik dan memperjuangkan bangsa sendiri, malah mengutuk kerajaan yang ada sekarang dengan pelbagai alasan. Kenapakah ini terjadi?

Pemimpin UMNO sekarang dan yang akan datang hendaklah menjaga kepentingan melayu dan mencari jalan bagaimana kita dapat bersama-sama menarik minat melayu untuk berjuang bersama-sama demi kepentingan bangsa, agama Islam dan tanah air. Adakah mencari jalan penyelesaian itu sukar untuk diwujudkan?

Benarkah melayu gemar kepada cercaan dan hinaan sesama sendiri, dan yang paling tak sedap didengar adalah PhD (perasaan hasad dengki). Kemana halatuju melayu selepas ini hendaklah dibincangkan dengan lebih akrab dan mencari jalan penyelesaian yang boleh menyatukan melayu dan umat Islam itu fardhu.

Fikir-fikirkan lah bersama, kau, aku dan sesiapa saja yang dilahirkan dalam bangsa melayu kenalah sedar dan menyedarkan sesama sendiri.

Sekian

ISLAM HADHARI

Oleh: Zulkefli Abd Majid
Hadhari Islamiah hendaklah dapat direalisasikan oleh umat Muhammad SAW didalam kehidupan seharian bersesuaian dengan cabaran-cabaran milenium baru. Kita hendaklah mengujudkan kemajuan peradaban dengan menggalakkan rakyat untuk mesra dengan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wadah untuk mencapai ketinggian peradaban. fokus kepada tadbir urus baik agar lebih telus, lebih cekap, penyertaan rakyat yang lebih meluas serta pentadbiran awam 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan peningkatan infostruktur dan infrastruktur bagi dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat.
Hadhari Islamiah hendaklah memastikan matlamat pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, menjana pendapatan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dna terendah, mengurangkan ketidakseimbangan tahap sosiaekonomi, menwujudkan guna tenaga berpengetahuan dan berkemahiran di samping membentuk masyarakat yang lebih inovatif, meninggikan daya pengeluaran dan kecekapan ke arah peningkatan daya saing dan daya tahan semua sektor dan memperluaskan dan mempelbagaikan asas ekonomi negara khususnya kepada sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Program-program latihan untuk kumpulan sasar lepasan sekolah dan universiti hendaklah dipertingkatkan dan dilaksanakan dengan mengambil kira peluang-peluang yang dapat membantu kumpulan ini ketahap yang lebih dinamik dan relevan.
Dalam masa yang sama Hadhari Islamiah hendaklah membenteras habis-habisan gejala Rasuah. Akibat gejala rasuah anak bangsa kita terutamanya Melayu gagal untuk membangun. Dengan rasuahlah dadah, perjudian, pusat-pusat hiburan dan sebagainya tidak dapat di kawal. Dengan kuasa yang ada sebahagian pentadbir kerajaan sanggup dibeli dan mengadaikan anak bangsa ke kancah maksiat dan keruntuhan akhlak.
Rasuah hendaklah dihapuskan sama sekali, jangan dipandang remeh dan bersahaja. Sekiranya kerajaan yang ada sekarang gagal membenteras rasuah, saya fikir apa sahaja perubahan yang baik sukar untuk di ubah. Islam mahukan perubahan global dan glokal. Sikap orang Islam berbangsa Melayu itu sendiri perlu diubah dan jangan mudah terpedaya dengan kebendaan duniawi yang hanya menjurus kepada kepentingan peribadi.
Walhasil, sekiranya kita mahu Islam itu relevan dihati setiap makhluk yang bernama manusia, orang Islam kenalah mengubah halatuju untuk bersatu dan terus bersatu dibawa kalimah 'Tiada Tuhan Yang Wajib Disembah Melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah sepanjang hayat (Nabi akhir zaman)'.
Dakyah yahudi, nasrani dan majusi hendaklah dihalusi dan di kaji selidik, jenerasi kita yang akan datang mudah tertipu dengan dakyah-dakyah yang dirasakan relevan pada zaman IT ini. Kerajaan hendaklah membendung informasi-informasi yang lambat laun merosakkan minda jenerasi melayu yang saya rasa mudah lupa pada sejarah ataupun tidak minat langsung pada sejarah perjuangan bangsa apatah lagi perjuangan Rasulullah SAW. Kita tidak mahu yang jahil itu dikatakan benar dan yang benar dikatakan jahil, sedangkan Islam adalah perjalanan untuk hidup dan tidak menolak pembangunan.
Putar belit yahudi, nasrani dan majusi hendaklah di ambil kira, informasi media yang memutar belitkan keadaan perlu di tangkis. Sama-sama lah kita mengubah nasib bangsa kita MELAYU jangan sampai dahulunya Melayu dikatakan Islam tetapi sekarang Melayu boleh memilih apa sahaja amalan keagamaan yang songsang dan tidak relevan dengan ajaran AlQuran dan Hadis Rasulullah SAW.
Barisan kepimpinan hendaklah menunjukkan adab dan sopan santun menurut Islam baik dari segi pakaian atau pun personaliti. Secara peribadi saya ingin menasihati para pemimpin untuk mengubah cara berpakaian lebih-lebih lagi kepada isteri-isteri pemimpin dan juga pemimpin wanita, apa salahnya sekiranya mereka bertudung dan menutup aurat, kan cantik mata memandang. Yang merumitkan fikiran saya, anak-anak sekolah diwajibkan berpakaian bertudung sedangkan yang berumur, berpangkat tidak berbuat demikian. Islam Hadhari hendaklah diubah dari semua aspek cara kehidupan, barulah kesannya dapat diamati.
Sekian