Oleh : Zulkefli Abd Majid
Gagalnya bangsa yang dikatakan Melayu berpunca dari iri hati dan hasad dengki. Orang melayu seolah-olah senonim dengan pantang dicabar, malas mentelaah ilmu baik dunia dan akhirat. Orang melayu seolah-olah sukakan kejahilan dan suka ikut mengikut tingkah laku orang-orang asing. Mudah lupa asal usul dan sejarah diketepikan demi kepentingan diri.
Melayu tidak boleh menolak kemajuan dan pembangunan, jenerasi ke jenerasi akan terus hidup dan melaluiliku-liku hidup yang lebih hebat dari masa kesemasa. Pertelingkahan sekecil benih sawi pun akan di perbesarkan semata-mata suka melihat kepada perpecahan.
Ada yang mengunakan agama untuk memenangi hati pengikut yang dahagakan pemimpin yang petah bercakap dan mengeluarkan isu-isu, sedangkan isu-isu tersebut tidak relevan dan tidak logik sama sekali. Golongan melayu yang berilmu tidak seberapa akan dipandang mulia apatah lagi sekiranya melayu itu berpangkat dan berkuasa.
Dahulunya melayu tidak boleh di beli tetapi sekarang melayu dapat dibeli dan di sogokkan dengan kebendaan untuk kepentingan diri sendiri dan anak cucu mereka. Orang melayu yang berkuasa lupa akan nasib bangsanya sendiri sehingga sanggup menjual maruah bangsa. Melayu perlu sedar dan perlu disedarkan. UMNO sebuah parti keramat yang inginkan kesatuan yang bersatu padu ingin melihat melayu gagah dan berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain, tetapi kini kenapa orang-orang melayu tidak suka akan UMNO?
Kenapa profesional melayu yang dahulunya di biayai oleh kerajaan UMNO kini sanggup menjadi pembangkang dan menkotak katikkan kerajaan UMNO? Samada kita sedar atau pun tidak ramai melayu tidak minat untuk berpolitik dan memperjuangkan bangsa sendiri, malah mengutuk kerajaan yang ada sekarang dengan pelbagai alasan. Kenapakah ini terjadi?
Pemimpin UMNO sekarang dan yang akan datang hendaklah menjaga kepentingan melayu dan mencari jalan bagaimana kita dapat bersama-sama menarik minat melayu untuk berjuang bersama-sama demi kepentingan bangsa, agama Islam dan tanah air. Adakah mencari jalan penyelesaian itu sukar untuk diwujudkan?
Benarkah melayu gemar kepada cercaan dan hinaan sesama sendiri, dan yang paling tak sedap didengar adalah PhD (perasaan hasad dengki). Kemana halatuju melayu selepas ini hendaklah dibincangkan dengan lebih akrab dan mencari jalan penyelesaian yang boleh menyatukan melayu dan umat Islam itu fardhu.
Fikir-fikirkan lah bersama, kau, aku dan sesiapa saja yang dilahirkan dalam bangsa melayu kenalah sedar dan menyedarkan sesama sendiri.
Sekian
No comments:
Post a Comment