Tuesday, January 6, 2015

(1) Syariatullah Dan (2) Sunnah Nabi s.a.w. itu apa sebenar benarnya ye Tuan/Mas/Abang ?

(1) Seringkali kita mendengar orang bercakap "Jangan tinggal Syariat Allah !" "Jangan tinggal Syariat Allah!." Jadi, apa maksud sebenarnya?
Adapun yang kebanyakkan orang buat/lakukan itu "Perbuatan Syariat" bukan bermaksud Syariat Allah !
Yang dimaksudkan dengan sebenar benarnya Syariatullah itu adalah apa yang didukungi oleh setiap Manusia iaitu ROH !
Jika ROH tiada bolehkah kita bergerak ? Tidak boleh kan... Makanya itu Jangan tinggalkan AKU (Allah) ! bukan jangan tinggalkan perbuatan syariat. (x)
Apabila kita tahu Syariatullah itu Roh. Makanya itu kita akan faham setiap yang berlaku di dunia ini adalah dari Gerak Roh. Roh itu dari Muhammad Rasulullah (Nur Muhammad) bukan Nabi Muhammad !. Nur Muhammad itu dari Nur Allah. Jadinya, Roh itu Allah juga lah.. Allah berselindung disebalik Roh. Tetapi Roh bukan Allah ! Allah itu Allah lah !!! Maha suci dari segala sesuatu.
Apabila kita sudah tahu dan faham Roh itu Allah juga.. Makanya itu, jangan hina orang hodoh, buruk, cacat, tak pakai tudung, tak tutup aurat etc. jangan sakiti isteri/suami, anak anak, kawan kawan, jiran, etc. jangan marah orang yang tersilap. (kerna yg tersilap itu atas Izin Allah) jangan kasari binatang. jangan cabut daun, bunga etc. jangan buang sampah merata tempat. Berkata kata baik pada semua orang. Maksudnya semua itu adalah berbuat baik kepada sekalian Alam. Kerna segala galanya yang berlaku adalah atas Izin Allah. dan Allah sudah buat dahulu di dlm Ilmu Nya (di Kitab Lauh Mahfuz).
(2) Seringkali kita mendengar orang bercakap "Ikut sunnah Nabi, Ikut sunnah Nabi" Jadi apa maksud sebenarnya?
Adapun yang kebanyakkan orang buat/lakukan itu adalah perbuatan nya Sunnah, pakai serban, jubah, celak, wangian, etc. bukan bermaksud sunnah Muhammad...Muhammad tak suruh pun ikut itu semuanya!
Yang dimaksudkan dengan sebenar-benarnya Sunnah Muhammad itu adalah Siddiq (Benar), Amanah (Jujur), Tabligh (Menyampaikan dengan Baik) dan Fathonah (Bijaksana). 4 Saja. Aku suruh ikut 4 saja. !
Lihat orang Cina dan India etc ada tak yang Benar dan Jujur ? Hm... Mereka Lagi Benar dan Jujur ! Mereka ada tak yang Menyampaikan dengan Baik dan Bijaksana ? hm... Mereka lagi hebat Tablighnya dan Fathonahnya.
Muhammad berkata : Sebab itu Aku suruh ikut 4 perkara itu saja bukan perbuatannya Sunnah tapi Sifat Aku kerna "Adil" semua manusia boleh Buat/lakukannya. Yang kamu memandaikan (keluar Hadis tanpa kefahaman) "sesiapa yang tak pakai serban, jubah etc bukan dari kalangan ku / masuk Neraka" itu bukan Maksudku. Perbuatan nya Sunnahku itu adalah cara kehidupan Aku (Gaya/Style). Bukan itu yang Aku suruh ikut Tetapi Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fathonah !!!!
Makanya itu Siddiq lah dengan Fathonahnya, Amanah lah dengan Fathonahnya, Tabligh lah dengan Fathonahnya dan Fathonah lah dengan sebenar benarnya Fathonahnya !
Jangan ikut Islam yang telah di Israeliatkan (disesatkn) ! Kembalilah kpd Tuhan yang satu, nescaya engkau akan nampak semua adalah dari Gerak Dia. 

No comments: