Wednesday, October 15, 2008

LAYAKKAH KHAIRY DAN REZAL MEMIMPIN PEMUDA UMNO?

Seronok juga aku mengikuti pencalonan-pencalonan bagi menentukan kepimpinan UMNO baik diperingkat UMNO Bahagian mahupun Pusat.
Bakal pemimpin yang petah bercakap dan mengolah kiasan tidak semestinya boleh memimpin dan diterima bulat-bulat oleh jenerasi muda rakyat Malaysia walaupun dah berpengalaman sebagai Naib Ketua di peringkat pusat mahupun SUPOL seseorang Menteri. Pengaruh ataupun kekuatan bukan ukuran perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
Bagi aku KJ belum layak lagi untuk menerajui Pemuda Malaysia apatah lagi gandingan beliau dengan Rezal Merican. Apakah sumbangan bakti yang telah ditunjukkan kepada UMNO keseluruhannya? Hanya kroni-kroni mereka atau jeneral-jeneral kempen mereka yang petah boleh menjawab dan mencuba sedaya upaya mempengaruhi agenda kempen mereka.
Bolehkah KJ atau Rezal bersama-sama duduk semeja dengan ahli-ahli UMNO yang tidak berjawatan berbincang dan menerima pendapat ahli-ahli bawahan yang tidak berkuasa langsung dalam parti?
Sama-samalah kita nilaikan pemimpin yang layak menerajui Pemuda.
Bagi aku Mukhriz dan Razali Ibrahim lebih layak menerajui Pemuda Malaysia kerana sikap mereka yang rendah diri ketika berbincang dan menerima pandangan akar umbi dan pengalaman mereka juga perlu diambil kira.
Kelatangan dan keberanian MM dan RI menyuarakan pandangan serta menegur para pemimpin membuktikan mereka ini bukan 'yes man' dan cara mereka mengatasi sesuatu isu adalah 'mileage' yang terbaik untuk kita memilih mereka berdua sebagai bakal pemimpin jenerasi muda rakyat Malaysia.
Yang penting bagi aku MM dan RI jangan lupakan perjuangan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air.
Aku menasihati MM & RI supaya kembalikan maruah bangsa Melayu dan agama Islam. Cari jalan bagaimana pendidikan dan ekonomi Melayu dikukuhkan dan hendaklah di utamakan dalam perjuangan. Jangan utamakan kepentingan diri dan juga keluarga.
Kalau nak berpolitik, fokuskan nawaitu kita pada perjuangan dan jangan sesekali lupa daratan dan berpaling dari memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.
Hapuskan sama sekali jenerasi muda Melayu yang liar-liar sebagai agenda dan wadah perjuangan Pemuda, kembalikan dan pulihkan semangat anak-anak Melayu yang telah tercemar selama ini. Seperkara lagi jangan sesekali menghadiahkan penyapu kepada sesiapapun sekiranya orang-orang bawahan tidak mempunyai prestasi yang baik. Gunakan kebijaksanaan dan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
Aku tetap aku, dan ini pandangan aku untuk Pemuda Malaysia.

Monday, October 13, 2008

GANDINGAN MANTAP DATO' SERI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK DAN TAN SRI MUHYIDIN YASSIN AKAN DAPAT MEMULIHKAN KEMBALI MARUAH ISLAM DAN MELAYU

Gandingan yang di nantikan ini amat bermakna buat ahli-ahli UMNO dan rakyat jelata khususnya bangsaku Melayu yang beragama Islam. Kita mahukan pemimpin yang mempunyai bekalan pengalaman yang boleh mentadbir tanah air dan yang penting sanggup menerima pandangan dan keluhan akar umbi.

Aku berharap para pemimpin UMNO yang akan dilantik kelak oleh akar umbi baik diperingkat cawangan, bahagian mahu pun MKT menjadikan UMNO sebagai satu pusat bagaimana dapat mengembalikan maruah bangsa melayu dan Islam yang akhir-akhir ini tercemar dik kerana kelemahan didalam mentadbirkan UMNO.

Kronisme dan amalan bodek-membodek hendaklah di buang dan di kikis sama sekali. Ahli-ahli UMNO hendaklah dibela dan diberikan 'priority' dalam perjuangan UMNO. Ahli-ahli UMNO hendaklah di angkat mertabatnya supaya keahliannya di benar-benar bermutu. Kita tidak mengharapkan ramainya ahli UMNO tetapi kita mengharapkan ahli UMNO yang benar-benar menghayati perjuangan bangsa Melayu dulu, kini dan selamanya.

Ahli-ahli UMNO yang di ibaratkan seperti lalang hendaklah di cantas kerana mereka inilah yang akan menjadi perosak UMNO. Ahli-ahli lalang ini niatnya hanyalah menjaga kepentingan diri sendiri sehingga sanggup mengunakan wang ringgit asalkan mereka dapat bertapak diperingkat atasan.

Mereka akan mencari populariti murahan dan sanggup mendidik ahli-ahli UMNO mengamalkan RASUAH @ Politik Wang.

Aku mendoakan Dato Seri Mohd Najib dan Tan Sri Muhyidin Yassin dapat mengepalai UMNO dengan bijaksana dan menerima pandangan ahli-ahli akar umbi dengan tidak mengira status samada ahli-ahli tersebut mempunyai jawatan ataupun tidak. Kita mahukan ahli-ahli UMNO yang berkualiti dan menjadi teladan kepada semua lapisan rakyat khususnya orang-orang Melayu yang sudah melupai asal usulnya.

Sehingga hari ini ahli-ahli lalang yang dahulunya berpaksikan kepada satu pihak sekarang dah mula menyengetkan paksinya kepada siapakah 'team' yang akan menerajui UMNO.

Bagi jawatan Naib Presiden, aku rasa ahli-ahli UMNO dapat menilai siapa yang boleh bekerja dan di ketengahkan untuk menerajui orang nombor tiga parti. Bagi aku biarlah UMNO Bahagian dan para perwakilan yang bijaksana menentukan jawatan tersebut sebagai jambatan untuk menguji kebolehan.

Seperkara lagi, pandangan peribadi aku, mereka / pemimpin tertinggi UMNO yang pernah mempunyai kes wajiblah mengundurkan diri. Buat apa aku sebagai ahli UMNO memilih ketua yang dah ada kes untuk menjadi ketua aku? aku bimbang mereka ini menjadi kacang lupakan kulit. Sedar mahupun tidak mereka-mereka ini akan mengujudkan kroni-kroni mereka yang sama haluan dan akhirnya akan melemahkan organisasi UMNO khususnya orang-orang Melayu.

Buat Pemuda UMNO, KJ masih belum layak untuk menerajui Pemuda UMNO. KJ tidak mempunyai pengalaman langsung diperingkat akar umbi. Pemuda yang memilih KJ hanyalah kerana Pak Lah berkuasa. Sekarang ni kita dapat lihat pencalonan KJ tidak gah seperti dahulu. Jenerasi muda UMNO hendaklah di didik dengan semangat perjuangan yang benar-benar ikhlas, bukan di belai dengan wang ringgit. Pengalaman aku, semasa PRU12, semangat pemuda tidak seperti semangat parti lawan, ada duit ada kerja, tak ada duit duduk tunggu dan lihat. Nak pasang poster pun liat sehinggakan kita membayar kontraktor-kontraktor untuk memasang poster2. Adakah ini semangat yang kita laung-laungkan?

Bagi jawatan Naib Pemuda bagi aku YB Razali Ibrahim adalah tokoh jenerasi pemuda UMNO yang berwibawa dan hendaklah digandingkan dengan MM. Bagi aku Rezal Merican belum lagi layak untuk menjadi orang nombor dua Pemuda UMNO. Tak pernah aku lihat Rezal turun ke akar umbi dan kalau turun pun hanya berjumpa ahli-ahli yang yang ada kepentingan. Bagi aku Razali Ibrahim mempunyai ketokohan tersendiri dan beliau seorang yang berani menyuarakan pandangan akar umbi.

Wahai ahli-ahli UMNO, jadikanlah pemilihan UMNO pada bulan Mac yang akan datang satu pemilihan yang benar-benar membawa pengertian kepada seluruh ahli-ahli UMNO khasnya bangsa Melayu. Para Perwakilan akan di uji Allah SWT dengan wang ringgit di saat-saat akhir, nasihat aku sekiranya ini berlaku, lapurkan terus kepada Lembaga Disiplin supaya amalan politik wang ini dapat dibenteras sama sekali. Sekiranya ini berlaku juga.......UMNO akan terus di landa ujian yang amat dasyat dari Allah SWT. Ikhlaskan diri dan undilah dengan bijaksana.

Sunday, September 21, 2008

APAKAH IMPLIKASI BILA KERAJAAN BERTUKAR ATAS DASAR DESAKAN?

Selamat menjalani ibadah puasa 1429. Lagi 8 hari umat Islam akan mengakhiri ibadah puasa di bulan ramadhan ini. Aku mengambil kesempatan ini untuk membicarakan pandangan peribadi aku yang semakin hari semakin bimbang sekiranya peralihan kuasa pemerintahan menjadi realiti.

Apakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melihat peralihan kuasa pemerintahan ini bertukar tanpa restu dan kehendak dari rakyat keseluruhannya? Apakah dengan peralihan kuasa yang di impikan oleh Parti Pakatan Rakyat boleh mengubah segala-galanya? Adakah kaum Melayu dapat memertabatkan kembali keunggulan bangsa apabila PR memerintah?

Apakah Melayu akan bersatu apabila PR memerintah atau menjadikan bangsa Melayu itu lebih huru hara dan hilang hala tuju? Adakah perpaduan kaum akan menjadi lebih baik atau semakin meruncingkan?

Anwar seharusnya memikirkan kepentingan bangsa dari kepentingan diri sendiri. Nak jadi PM dengan cara mudah aku bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan. Ketelusan parti-parti kompenan dari PR masih diragui. Apakah PAS memang boleh menerima DAP yang rata-rata lantang mempertikaikan hak orang Melayu?

Kadang-kadang aku terfikir juga sekiranya Anwar menjadi PM, tup-tup ditakdirkan Anwar umur tak panjang....siapakah yang layak menjadi pengganti? Siapakah TPM dan bagaimana ianya ditadbirkan?

Kesimpulannya, BN hendaklah mengubah cara pemerintahannya, banyakkan turun kepadang dan melihat sendiri penderitaan rakyat yang rata-rata inginkan pembelaan. Pemimpin UMNO jangan syok sendiri dengan pangkat yang ada. Kita mahu para pemimpin yang 'neutral', bebas di temui dan sanggup mendengar (two way communication). Pemimpin UMNO hendaklah mendengar keluhan rakyat keseluruhan bukan kroni-kroni sahaja. Ahli-ahli UMNO itu sendiri hendaklah di bela dan di berikan keutamaan, kalau tidak tak guna jadi ahli UMNO.

Itulah sebabnya, kebanyakkan ahli-ahli UMNO yang taat kepada parti mempertikaikan kepimpinan yang ada. Apa UMNO boleh lakukan kepada ahli bukan apakah ahli boleh lakukan kepada UMNO. Tanpa kekuatan akar umbi yang ikhlas aku bimbang UMNO akan sengit dan tidak berupaya menjadi parti yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apakah kroni-kroni para pemimpin baik kepada Pak Menteri, Pak Presiden, Pak-Pak lain-lain itu ikhlas pada perjuangan UMNO? atau hanya rapat dengan pemimpin yang ada untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri? Aku risau dengan lagak yang ada akan mengoncangkan keseluruhan organisasi UMNO itu sendiri.

Pada keseluruhan ahli-ahli UMNO baik di peringkat cawangan, bahagian dan para perwakilan yang di pilih wajib memastikan pemimpin yang layak untuk memimpin kita seterusnya memimpin negara yang kita cintai. Kalaulah pemimpin yang kita pilih kerana wang sogokkan maka kita akan dapat pemimpin komeng yang hanya boleh memimpin atas dasar wang ringgit demi kepentingan diri sendiri. Mereka tidak dapat menjalani kewajipan untuk memimpin kita, maka mereka ini nanti yang akan merosakkan parti justeru melemahkan negara.

Nak pilih pemimpin biarlah yang benar-benar boleh bekerja untuk kita dan rakyat jelata. Bukan pemimpin yang hanya menang sorak kampong tergadai.

Monday, July 28, 2008

PENGABUNGAN UMNO-PAS?

Aku bersetuju 100% sekiranya UMNO dan PAS dapat bergabung dalam satu organisasi Melayu terunggul yang rata-ratanya akan mempertahankan maruah bangsa, agama ISLAM dan tanah air. Apakah implikasi sekiranya dari dulu sehingga kini orang Melayu berpecah? Yang aku nampak hanya bangsa lain akan bertepuk tangan dan menyambutnya dengan kepuasan pada hati sanubari mereka supaya mereka dapat melalaikan bangsa kita Melayu dengan hiburan, rasuah dan sebagainya yang penting bagi mereka......mereka dapat takluki ekonomi tanah air kita dengan cara mereka tersendiri tanpa menghiraukan peradaban agama ISLAM dan adat bangsa Melayu.

Kita mahu mempertahankan Melayu sebagai bangsa bermaruah dan ISLAM adalah pegangan kita. Aku sebagai ahli UMNO amat bersyukur dengan kebijaksanaan para pemimpin yang terdahulu yang dapat memikirkan wawasan bangsa nya. Cuba kita bandingkan negara kita dengan negara-negara luar? Penderitaan, kebuluran, peperangan, kedaifan dan sebagainya dapat kita lihat contohnya di Dafur, Palestian, Lubnan dan lain-lain. Maksud aku, Malaysia boleh di katakan 'selamat'.

Sudah tiba masanya kita bersatu, tak usah kita nak lerai-leraikan permulaan yang baik dengan mengimbas kembali apa yang di katakan perpecahan. Maksud aku pihak media pun kena ikhlas dalam menyusun kata-kata bahasa dan jangan sampai mengelirukan rakyat jelata yang mahu di pimpin secara jujur dan ikhlas. Sekiranya dah berhajat untuk bersatu, kita sama-samalah mencari jalan terbaik bagaimana bangsa Melayu boleh bersatu.

Dalam memimpin jangan sesekali dalam niat kita ada kepentingan. Kepentingan inilah yang akan merugikan bangsa Melayu dan mencabar ISLAM itu sendiri. Keikhlasan kita memimpin adalah asas perjuangan setiap bangsa di pelusuk bumi Allah SWT.

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Monday, April 28, 2008

ORANG MELAYU KENA BERANI BERCAKAP BUKAN MENGATA

Saban hari aku termenung memikirkan nasib bangsa aku yang semakin lama semakin mundur dari memikirkan sesuatu yang lebih baik atau memikirkan sesuatu yang terbaik untuk jenerasi anak bangsa yang di katakan melayu. Ramai di kalangan pemimpin melayu yang ada sekarang petah dan lantang bercakap dan boleh mengegarkan sanubari sehingga menjadikan semangat yang berkobar-kobar hanya seketika sahaja. Bak kata orang bagaikan pukulan gendang yang menyeronokkan atau sedap di dengar tetapi dalamnya tetap kosong.

Orang Melayu jenerasi sekarang bukan lagi jenerasi Melayu dahulu yang sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan, tetapi jenerasi melayu sekarang berlandaskan semangat kebendaan dan sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Jenerasi Melayu sekarang tidak hiraukan untuk mempertahankan masa depan anak bangsa yang akan menerajui negara ini, malah tidak hirau dan memperdulikan apa yang akan terjadi pada bangsanya sendiri asalkan dia dan keluarganya selamat.

Pemimpin Melayu sekarang hanya angkuh membuat dasar, tapi dasar yang di buat sebenarnya menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri. Dasar yang di buat hanyalah sebagai wayang kulit yang di sebaliknya ada udang di sebalik batu. Nah sekarang apa dah jadi dengan kepercayaan rakyat dengan kerajaan yang di katakan gemilang, cemerlang dan terbilang. Kenapa Melayu berpecah dan tidak bersatu padu, adakah pemimpin kita yang ada sekarang menunjukkan sikap telus dan keterbukaan. Keikhlasan pemimpin untuk berkhidmat untuk rakyat adalah tipu belaka.

Pemimpin Melayu begitu megah untuk di sambut apabila turun berjumpa rakyat jelata. Apakah protokol sedemikian boleh mendatangkan hasil atau kesan mendalam kepada rakyat atau yang di katakan protokol itu suatu pembaziran. Secara peribadi saya mengharapkan kepimpinan yang ada sekarang tak perlu lagi berprotokol. Apa bezanya kita semua? Turunlah berjumpa rakyat secara jujur dan ikhlas, tak perlu di sambut dengan iringan kompang dan longgokan bunga manggar serta bena semata untuk menyambut pemimpin yang datang hanya sejam dua, lepas tu balik ke hotel atau naik helikopter balik ke KL. Rakyat yang datang berpeluh tak dapat apa. Apa guna semuanya ini. Terfikir juga aku Nabi Muhammad dahulunya berprotokol ke?

UMNO akan runtuh dari bangunan yang kukuh selama 60 tahun. Retakan dari tiang-tiang yang di dirikan oleh kepimpinan perjuangan dahulu tidak di jaga dengan betul. Adakah UMNO relevan dihati rakyat Malaysia. Kemana hala tuju bangsa ku yang di katakan Melayu?

Saturday, December 8, 2007

AL KISAH DARI DBKL (DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR)

Sekali lagi aku terkejut besar, bila ada seorang wanita yang berkerja dengan syarikat kontraktor Cina selama 9 tahun mengatakan bahawa bosnya memegang lesen PKK Bumiputera Kelas A hingga F? Dia kata dari 10 syarikat yang besar-besar di DBKL hanya 3 syarikat Melayu yang buat kerja sendiri yang lain di monopoli dengan syarikat Cina.

Apa dah jadi dengan kita pentadbir dan penguasa melayu di DBKL????? Aku dengar kontraktor Cina ni dah ada 'network' dari pengarah hinggalah ke 'technician'. Orang melayu hanya jual lesen (3%-5%), untung besar dapat kat Cina. Apa dah jadi dengan bangsa aku Melayu....yang hanya megah dengan keuntungan 3%-5%....tak berani nak buat sendiri ke???? atau hanya nak bergantung dengan Cina....

Bila rasuah atau soggokan dibuat, kualiti kerja pasti menurun. Spesifikasi tender mesti berubah, lalu terjadilah bocor sini bocor sana.....asyik nak buat 'maintenance' je......Bila agaknya kaum kita Melayu boleh mengubah bangsanya sendiri sekiranya ada golongan yang hanya mementingkan diri sendiri je......

Tuesday, November 13, 2007

Suara Lantang Melayu....Bagaimana Perlaksanaan Di Laksanakan???


Banyak isu yang dibangkitkan ketika Perhimpunan UMNO yang lalu (7-9 November 2007). Aku ucapkan tahniah kepada semua perwakilan yang hadir lebih2 lagi yang di calonkan oleh perwakilan bahagian masing-masing untuk mendengar, menganalisa dan melaksanakan apabila pulang kebahagian masing-masing. Sebagai pemerhati aku akrab mendengar dan memerhatikan tingkah laku bangsa aku yang mewakili Melayu keseluruhannya samada di TV mahupun di perkampungan PWTC.

Antara isu yang ingin aku kongsi bersama adalah Rasuah. Kerana rasuahlah pelbagai isu yang dibangkitkan sentiasa akan diulang-ulangkan, macam tidak ada penyelesaian atau pun tidak ada 'pull stop'. Isu pekerja asing kali ini lebih panas diperbincangkan, ketagihan majikan mengambil pekerja-pekerja asing sudah menjadi lumrah. Majikan berkata produktiviti pekerja tempatan jika dibandingkan dengan pekerja asing amatlah jauh bezanya. Dengan bayaran gaji yang jauh lebih murah pekerja asing juga dapat bekerja lebih masa.

Kebanjiran pekerja asing ni dah jadi macam 'virus HIV' kat negara kita. Kegharaihan warga asing nak datang ke negara kita bukan saja dapat membawa pulang hasil mahsul kita tetapi dapat merosakkan budaya dan adab resam kita dan bermacam2 lagi.

Apa yang aku nampak adalah kegagalan kerajaan memantau dan kurang keberkesanan penguatkuasaannya atau ada dalang disebalik kebanjiran pekerja asing yang hanya mementingkan diri sendiri. Bayangkan kalau kita mengambil pekerja asing dari Bangladesh kita boleh dapat antara RM1,200.00 - RM1,400.00. Siapa tak nak jadi 'runner' bangla?

Seperkara lagi warga asing yang datangnya dari negara China yang sekarang ni banyak memberikan perkhidmatan macam-macam, faham-faham sendiri, apa khidmat bakti mereka? ramai juga bangsa aku menyokong pendatang ini yang hanya mengunakan pass visit. Takkan lah penguatkuasa tak nampak dan perasan atau buat2 tak nampak?

Kelantangan bangsa aku berhujah memang aku hormati....tapiiiiiii.......terlaksana ke yang kita lantangkan?

Tunggu isu lain pulak lain kali